Baru-baru ini tular mengenai sebuah hantaran yang telah dibuat oleh seorang pempengaruh, Cik Epal menerusi akaun Instagramnya yang memaparkan surat saman fitnah yang bernilai RM1 juta beserta permohonan maaf secara terbuka yang harus dibuat dalam masa 7 hari oleh pihak Dewi.
View this post on Instagram
Menerusi Instagram Storynya pula, pempengaruh itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui barangnya telah digunakan tanpa izin.
Jangan sentuh barang-barang aku lah weh. Gila tak malu perempuan ni. Hamak sangat barang aku apehal?
Hantaran tersebut dibuat setelah tular sebuah hantaran di aplikasi Thread yang telah dibuat oleh kakak kepada bekas suaminya, Nurul Jofliam menunjukkan sebuah beg tangan mewah yang berharga RM12,000 yang dikatakan telah dipakai oleh Dewi.
Lebih mengejutkan lagi, Cik Epal berkata beg tangan tersebut belum lagi ‘dirasmikan’ olehnya.
Menerusi hantaran di Instagram Storynya, pempengaruh itu menekankan untuk tidak menggunakan barang-barangnya tanpa izin.