April 1st, 2020

Isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni masih hangat diperkatakan. Semalam, timbul pula isu baru dimana Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.

bront palarae seniman

Malah, pihak Seniman turut menyeru lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan.

Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.

bront palarae seniman

Melihat segala kekecohan yang berlaku, pelakon Bront Palarae tampil  menyelar tindakan Seniman itu.

“Jangan semakkan lagi hidup polis dengan isu artis”

bront palarae seniman

Bront berkata, masalah dalam industri perlu ditangani secara dalaman. Dia memohon pihak Seniman supaya tidak membebankan lagi pihak polis untuk mengendalikan perkara begini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting harus ditangani oleh mereka pada ketika ini.

Netizen sokong Bront

bront palarae seniman bront palarae seniman

Rata-rata bersetuju dengan kenyataan Bront itu dan menyifatkan tindakan Seniman itu tidak wajar kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan. Isu artis ini tidak perlu melibatkan pihak lain.

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.


6 responses to “Jangan Semakkan Lagi Hidup Polis Dengan Isu Artis – Bront Palarae Selar Tindakan Seniman”

  1. noorani says:

    setuju dgn Bront..
    Dlm keadaan ramai sedang sibok mcmana nak bendong dan mcmana nak sembohkan yg dh +ve Covid19 ada yg masih tidak bersatu ke arah tujuan ini.
    Sepatutnya tenaga diperah utk membantu apa termampu… ini sibuk dgn perkara yg kurang penting…
    Saya cuma nak tanya..berapa ramai yg dah meninggal dunia disebabkan kebuluran sejak pkp 14 hari ni?

  2. Anonymous says:

    Syg ko Bront!! Mcm ni la yg dkatakan bijak..

  3. Anonymous says:

    Artis malaysia sorry to say..MACM SAMPAH…tapi tk semua

  4. Anonymous says:

    ????

  5. emanon says:

    GO MY ABANG DAGU #brontforeva

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...