Sejak kebelakangan ini, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim sering menjadi bualan masyarakat Malaysia apabila diketahui Marissa Dania ini dikatakan telah bernikah dengan suami orang pada Disember lalu di Songkhla, Thailand.
Sajat tak mahu masuk campur
Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di TikTok, usahawan sensasi Sajat telah mengulas berkaitan kontroversi tersebut baru-baru ini. Menurutnya, dia lebih memilih tidak mahu masuk campur dan berkata-kata berkaitan mereka kerana risau akan berbalik kepadanya nanti.
Saya tak nak cakap sangat sebab saya pun ada anak perempuan. Kita orang luar, kita tak boleh nak nasihatkan orang sebab kita tak ada di dalam situasi orang itu.
Kita pun ada anak, tak kisahlah anak angkat sekali pun. Jadi jangan sedap kata anak orang, silap-silap anak kita pula yang kena.
@nursajatlegacymy #sajatvideo #sajatlive #sajat #nursajatlegacymy #fyppppppppppppppppppppppp #fyp ♬ original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY
Nasihat Sajat
Tambahan pula, usahawan ini turut memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak menghukum seseorang berdasarkan perbuatan lampau mereka. Mungkin saja mereka boleh berubah dan menjadi lebih baik nanti, ulasnya.
Jangan ingat orang tu jahat akan terus jahat. Tengok macam Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dulu masa dia muncul orang kata macam-macam, kontroversi itu ini. Tapi tengok dia sekarang.
Tak semuanya teruk, kita belum tahu pencapaian lagi 10 tahun macam mana. Jangan cepat menilai orang. Itu semua dah tertulis, kun faya kun. Doakan yang baik-baik sahaja.
View this post on Instagram
Sebelum ini,madu kepada Marissa iaitu Misya Mazlan enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan perkahwinan mereka yang berlangsung semasa dirinya sedang mengerjakan Umrah itu. Misya beranggapan berdiam lebih baik dalam situasi begini.