Pelakon Ezzanie Jasny menarik perhatian netizen selepas memuat naik satu ciapan yang jelas menggambarkan rasa kecewa dan kesal terhadap individu tertentu yang didakwa bersikap obsesif dan toksik.
Dalam entri tersebut, Ezzanie menulis:
Tolonglah, berhenti jadi obsesif dan menjengkelkan. Awak ang mulakan semua.. tapi sekarang awak yang paling benci saya?
Dia juga menegaskan bahawa dirinya hanya memberi respon selepas disapa terlebih dahulu, namun kini menjadi mangsa kebencian secara tiba-tiba.
Buatlah apa saja yang awak nak, tapi jangan sebut nama saya dalam hidup awak lagi.
Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, ciapan itu mencetus spekulasi di kalangan peminat yang ingin tahu siapakah individu dimaksudkan. Ramai menyokong tindakan Ezzanie untuk bersuara dan mempertahankan diri daripada terus dipersalahkan tanpa sebab.