Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Sebab Saya Kurus, Serabai Orang Fitnah Saya Ambil Dadah – Ibu Puteri Balqis

ibu puteri balqis ambil dadah

Kisah hidup lara Puteri Balqis cukup hangat diperkatakan. Kerana desakan hidup, dia terpaksa menjual buku puisi sekitar Kuala Lumpur untuk menampung kehidupan. Namun, selepas kisahnya viral timbul pula kontorversi mengatakan ibunya dan bapa pelakon cilik itu adalah penagih dadah.

ibu puteri balqis dadah

Advertisement

Tidak mahu spekulasi liar terus tercetus, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan dia dan bekas suami terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Menurutnya, ia adalah fitnah yang sengaja dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaj mengeruhkan lagi keadaan dilaluinya sekarang dan menambah lagi duka dalam kehidupan mereka anak beranak.

Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fitnah ini. Berat sangat dugaan kami. Janganlah fitnah saya begini.

puteri balqis

Saya tidak pernah ambil dadah atau buat perkara itu di lokasi penggambaran. Jangan disebabkan penampilan saya yang kurus dan ‘serabai’ orang fitnah saya sedemikian rupa. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu.

Norashikin pada masa yang sama turut menegaskan sepanjang dia dan bekas suami bersama, mereka tidak pernah terlibat dengan dadah. Segala dakwaan itu tidak benar dan Puteri Balqis juga sangat sedih dengan tuduhan tersebut.

Advertisement

puteri balqis bersamamu

Saya juga nak pertahankan bekas suami yang dituduh ambil dadah. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta salah mengenainya saya kena betulkan. Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil dadah.

Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fitnah. Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil dadah. Aqish sangat sedih dengan perkara ini.

ibu puteri balqis dadahTerdahulu, Puteri Balqis menerusi satu luahan di akaun Instagramnya turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya.  Fizikal ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    January 17, 2020 at 5:25 pm

    betul tu sis

  2. Makcik

    January 17, 2020 at 1:24 pm

    diharapkan aqish dpt bersekolah semula di sekolah menengah kebangsaan di mana perbelanjaan lebih menjimatkan. Kalau terlalu ingat sakit, sampai bila2 perkara lain dlm hidup x dpt dicapai. Kelas piano, mandarin dan kelas di British Council serta main forex utk anak2 ibu bapanya berada. Pendidikan islam yg diajar oleh ustaz ustazah di SMK dpt membantu dlm pembentukan rohani. Mmg ujian itu indah, tetapi usaha yg berstrategi itu sgt penting utk kelangsungan hidup

  3. Nadia

    January 17, 2020 at 12:51 pm

    muka org perempuan yg bergelar ibu, bila tak groom mmg la mcm tu. lagi pun buat apa dia sibuk nak groom muka kalau dia busy fokus jaga anak dia yg sakit. tgk badan pun bukan kurus keding mcm org ambil dadah pun. kesian puteri balqis, bila dah viral mcm ni ramai pulak org tuduh dia & mak dia bukan2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama