Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Sebab Korang, Semua Kena Kurung!”-Zarina Zainoordin Mengamuk Isu Kongsi Foto Rentas Negeri

Zarina

Pelakon Zarina Zainoordin meluahkan rasa berang apabila melihatkan individu yang rancak memuat naik foto aktiviti rentas negeri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh orang lain.

Luahan perasaan itu dizahirkan Zarina menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan dan bacaan peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement

Tambah Zarina lagi, jika benar seseorang individu itu mendapat kebenaran untuk merentas negeri, mereka sepatutnya tidak berkongsi kegembiraan tersebut di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by ZarinaAf2 (@zarinazainoordin)

“Faham..tapi simpan-simpan dalam hati kegembiraan tu. Jangan upload jangan jadi punca tak boleh keluar kerja nanti..” tulisnya lagi.

Meskipun begitu, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama ini tidak menyebut secara terperinci mana-mana individu yang dimaksudkannya dalam hantaran tersebut.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta pengikut media sosial pelakon tersebut rata-rata bersetuju dengan pendapat Zarina.

“Cover line sikit..” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen.

Terdahulu, beberapa orang selebriti seperti Neelofa dan juga Instafamous ada memuat naik foto menikmati percutian apabila diberi peluang untuk merentas negeri di media sosial.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    April 21, 2021 at 8:48 am

    kannn. pastu si lopaknye page tu admin yg explain kate penganjur tempat tu yg ajak dorg naik cable car bagai. pastu alasan bukan dorg yg amik gmba dorg. admin yg amik gmba dorg video dorg post. habis sblm post tu die xkan la xmintak izin ko dlu nk uppp. bingaiii. xpasai admin jd kambin hitamm.

  2. Anonymous

    April 20, 2021 at 11:56 am

    bukan awok aje yg mengamuk zarina…
    kami rakyat mahreen pun dah mengamuk nih…
    SOP baru rentas negeri bagi urusan kerja cuma hari isnin – khamis….
    kalau yang jenis ada 2 kerja ni…
    weekdays kerja ofiz..weekend time nak ambik stok…
    payoh laaa nk rentas negeri…

    instafamous mmg suka buat kerja bodo…
    sbb kerja bodo tu laaa yg buat dia famous…
    famous dengan kebodohan dia…
    lepastu buat biz…. org yg bodoh gak g support biz dia..
    pastu ambik artis buat review product dieorg… bertambah laaa org beli product nya…
    bertambah kaya laaa instafamous ni n pamerkan kebodohan… diulang2 laaa sampai abg jamil mampos…
    sama-sama naik kebodohan nya…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama