Jangan Sampai Terlepas Kapal Terbang, Tiada Lagi Pengumuman Di KLIA Dan KLIA2

Trending

Jangan Sampai Terlepas Kapal Terbang, Tiada Lagi Pengumuman Di KLIA Dan KLIA2

Bagi anda yang kadang-kala terlewat dan agak leka sebelum penerbangan, jangan pula terkejut jika anda tidak mendengar sebarang pengumuman.

Advertisement

Mulai bulan ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport di mana jumlah pengumuman penerbangan menerusi pembesar suara dikurangkan.

Selepas ini, para penumpang boleh merujuk kepada papan tanda informasi digital untuk maklumat terbaru penerbangan mereka.  Kempen tersebut akan dijalankan sehingga penghujung tahun ini.

Untuk makluman semua pihak, lapangan terbang hanya akan membuat pengumuman sekiranya membabitkan situasi kritikal, ataupun sebarnag perubahan saat akhir.

Ini adalah salah satu inisiatif untuk memberikan suasana serta pengalaman baru kepada penumpang selain mengurangkan pencemaran bunyi.

Selain lapangan terbang di Malaysia, antara lapangan terbang yang turut menyertai kempen Silent Airport ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan juga Lapangan Terbang Helsinki. Pastikan selepas ini anda  lebih peka dengan setiap maklumat mengenai penerbangan anda.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...