Seperti yang ramai tahu, seorang individu telah mengaitkan kematian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah dengan konspirasi teori berkaitan wabak penyakit Covid-19.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut menuduh suaminya, Shuib terlibat dengan ahli Freemason kerana membenarkan arwah ‘ditidurkan’ sekaligus, menimbulkan ketakutan pada para ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin.
Tampil mengambil tindakan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah bersemuka dengan individu berkenaan.
Bukan hanya Shuib, keluarga arwah turut tampil memberi respon berkaitan tuduhan yang dilemparkan terhadap Sarah.
Menerusi sesi live di aplikasi TikTok, ibu tiri kepada Sarah yang dikenali sebagai Makder bersama abang kandungnya, Ahmad Firdous meluahkan rasa terkilan.
Arwah dah tak ada lepastu dia cakap pasal arwah, Shuib pun geram lah, jangan sampai Raisuddin (bapa arwah) cari.
Malah, Firdous turut memaklumkan ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga tampil memberi respon terhadap komen negatif daripada netizen.
Abah diam lagi, aku risau dia ketuk dengan kayu Golf.. benda ni mengguris hati Shuib dan kita keluarga semua terasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.