“Jangan Sampai Merangkak Di Pandang Mahsyar Minta Maaf” – Anak Dituduh ‘Perampas’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan

Kehidupan

“Jangan Sampai Merangkak Di Pandang Mahsyar Minta Maaf” – Anak Dituduh ‘Perampas’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan

Kecoh di media sosial sekarang ini mengenai dakwaan mengatakan pempengaruh & YouTuber yang dikenali sebagai, Cupcake Aisyah ‘menikam belakang’ kawan baiknya, Kasih Iris Leona.

Ibu tak diam diri

Barangkali sedar dengan tohmahan yang diterima oleh Aisyah, sebagai ibu, Sue Razip tampil bersuara demi pertahankan anak perempuannya daripada terus-menerus dipersalahkan.

Advertisement

Kata Sue dalam salah satu status Instagram Story yang dibuat, setiap cerita mempunyai dua ‘side’ dan jangan terlalu cepat salahkan satu pihak sahaja.

Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf..

‘Like mother like daughter’

Dalam pada itu, Sue turut memuat naik tangkap layar komen-komen netizen yang berkata ‘mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi’, seolah-olah mahu berkata Aisyah jadi seperti itu kerana sifat ibunya sendiri.

 

cupcake aisyah

Biarpun teruk dikecam netizen, wanita terbabit meluahkan rasa syukur atas ujian yang sedang dihadapi oleh keluarganya sekarang ini dan memberi pesanan kepada netizen untuk tidak berlebihan tunding jari pada orang lain.

Kenal semua rakan Cupcake Aisyah

Tambahan lagi, dia nafi bahawa dirinya support anak membuat hal-hal terkutuk seperti itu tetapi disebabkan dia terlalu mengenali Aisyah dan orang sekelilingnya, sama ada yang toxic ataupun gila ‘glamour’, jadi Sue tahu YouTuber itu tidak bersalah.

kasih iris leona
12 months ago

“Dapat Kawan Macam C*laka Curi Kekasih Kawan Sendiri” - Persahabatan Leona & Cupcake Aisyah ‘Musnah’ Sebab Lelaki?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...