Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Sampai Kena Hack!”- Puteri Aishah Raih 1 Juta Followers Di Instagram

Puteri Aishah

Pelakon jelita, Puteri Aishah baru-baru ini ada meraikan para peminat apabila akaun Instagramnya kini sudah mencecah 1 juta pengikut.

Dia yang meluahkan rasa terima kasih dan syukur di atas sokongan turut berkongsi foto dirinya bersama belon perhiasan berbentuk 1 M sebagai tanda meraikan perkara tersebut.

Advertisement

“Alhamdullilah..Thank you for 1M followers! Kiss Kiss for you all..” tulisnya di bahagian kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengucapkan tahniah dan ada juga yang memberi nasihat dan peringatan buat pelakon filem Pulang itu.

“Lepas tu kena hack..” komen salah seorang peminat.

“Di dunia boleh pengikut sampai 1 juta tapi di akhirat 1 pengikut je yang akan ikut kita balik iaitu amalan..” tulis netizen sebagai nasihat.

Sekadar info, Puteri Aishah memulakan kerjaya seninya setelah menyertai Dewi Remaja 2013/2014.

Advertisement

Dia kemudiannya mencipta nama dalam beberapa drama TV dan filem seperti Akulah Balqis, Kahwin Muda, dan banyak lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    June 23, 2021 at 12:57 pm

    but she talented and also a film star

  2. Anonymous

    June 23, 2021 at 12:24 pm

    hidup ko pun sedih gak aku rasa

  3. puteri juga

    June 23, 2021 at 11:47 am

    sekadar!! pdhl dia dah lama dlm industri (mksud saya lbh dari 5tahun).. bru nak raih 1M followers? yg bru2 mcm iman troye, nth saya pun tak tau blh saja raih 1M lbh kurang sthun.. mksudnya dia ne artis sendu… ksian artis sendu…. nak followers b million2 pun mkn bthun2… hahahha.. sedihhhhhh hdop kooooo

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top