Sebelum ini, kecoh di media sosial kontroversi ‘panas’ yang berlaku di antara penceramah bebas, Ebit Lew dan pempegaruh, Caprice berkaitan dengan misi kemanusiaan di Gaza.
Terbaru, Cap dilihat menyindir Ebit Lew di Instagram Story selepas penceramah tersebut berkongsikan dirinya membantu seorang ibu tunggal di jalanan ketika berada di Jakarta, Indonesia.
Menurut pempegaruh tersebut, pada tahun 2021 dirinya pernah cuba memberitahu kepada orang ramai mengenai penimpuan pendakwa tersebut tetapi tiada siapa yang percaya.
Dalam pada masa yang sama, Caprice turut meluahkan rasa syukur kerana semakin ramai sudah mengetahui perangai sebenar Ebit Lew.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli seakan-akan memberi hint bahawa dirinya bakal membuat pendedahan baru mengenai pendakwah terkenal itu.
Sekadar info, Ebit Lew dibicarakan atas pertuduhan 11 pertuduhan susulan kes gangguan seksual antaranya adalah menghantar perkataan serta gambar lucah ke nombor telefon melalui WhatsApp.