“Jangan Sampai Artis Rasa Tak Selesa” – Nadhir Nasar Beri Reaksi Isu Peminat Buat Foto AI Dirinya

Hiburan

“Jangan Sampai Artis Rasa Tak Selesa” – Nadhir Nasar Beri Reaksi Isu Peminat Buat Foto AI Dirinya

Trend menghasilkan gambar bersama artis menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence) nampaknya mula mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Seorang pengguna Threads tampil menegur trend tersebut dengan menyatakan walaupun tidak salah menggunakan AI, namun gambar-gambar berkenaan sebaiknya tidak dimuat naik ke media sosial apatah lagi artis terlibat di tag, kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

Advertisement

nadhir nasar ai

Luah individu itu,

Tak salah nak buat AI ni, saya sendiri pun banyak edit guna AI. Tapi satu je, jangan post kat media sosial dan tag artis tu sendiri, atau kalau boleh jangan post langsung. Simpan untuk diri sendiri je. Tengok caption pun dah tahu artis tu uncomfortable.

Ini kerana pelakon popular Nadhir Nasar dilihat repost suntingan AI ke Instagram miliknya dan memberikan respon pro-kontra.

ai nadhir nasar

Tulisnya,

Trend ni lawak dan menakutkan pada masa yang sama.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersetuju trend AI bersama selebriti boleh menjejaskan privasi serta membuatkan artis berasa terganggu.

Ramai menyokong pandangan agar teknologi tersebut digunakan secara beretika, tanpa melibatkan individu lain secara terbuka.

wanita berhijab peluk k-pop
2025-09-17 17:13:20

“Boleh Jadi Fitnah” – Netizen Kecam Konten AI Wanita Melayu & Artis K-Pop Berpelukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...