“Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau!” – Ibu Terkejut Jumpa ‘Voice Note’ Anak Diugut Rakan Sekelas

Kehidupan

“Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau!” – Ibu Terkejut Jumpa ‘Voice Note’ Anak Diugut Rakan Sekelas

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang ibu telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu telah menceritakan bagaimana dia telah menemui rakaman suara atau voice note berbaur ugutan di dalam aplikasi Whatsapp milik anaknya dipercayai dihantar oleh rakan sekelas.

Advertisement

Menurutnya, rakan sekelas anaknya itu telah mengugut untuk menumbuk dan memukul anaknya serta turut menghantar beberapa rakaman suara lain.

buli

Jangan sampai aku pecahkan kepala kau!

Malah, wanita itu sendiri telah duduk berbincang bersama anaknya mengenai perkara tersebut dan anaknya telah menjelaskan bahawa dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah dan telah merampah rokok serta vape milik rakan sekelasnya itu.

Sejak kejadian itu, rakan sekelasnya seperti tidak berpuas hati dan mula menghantar mesej ugutan serta sering body shaming anaknya dan sudah berlarutan selama 2 minggu.

Akibatnya, anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu enggan untuk pergi ke sekolah dengan memberi alasan tidak sihat.

Bila saya nak bawak ke klinik anak saya tak nak. Saya tanya sebab budak tu ke anak saya tak nak ke sekolah, anak saya diam tak ada jawapan.

Menurut anaknya, rakan sekelasnya itu merupakan pelajar kesayangan guru kelas oleh kerana rupa parasnya dan pandai mengambil hati.

Wanita itu telah meminta pendapat orang ramai mengenai apa tindakan yang harus dilakukannya kerana enggan perkara buruk berlaku kepada anak lelakinya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tadika
6 bulan lalu

"Normal Ke?" - Guru Tadika 'Islamic' Dedah Gaji Cuma RM450 Sebulan Buat Ramai Terkejut

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...