(VIDEO) “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang, Aku Tak Berdosa” – Fathia Latiff Tak Maafkan Sesiapa Yang Suka Kecam Dirinya

Hiburan

(VIDEO) “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang, Aku Tak Berdosa” – Fathia Latiff Tak Maafkan Sesiapa Yang Suka Kecam Dirinya

Sering disakiti, aktres Fathia Latiff meluahkan rasa sedih dan bengang dengan sikap sesetengah netizen yang suka menghukum dan mencaci maki dirinya di media sosial.

Fathia menzahirkan perasaannya itu menerusi satu video di mana dia menyelar tindakan individu yang disifatkan melampaui batas dan berlebihan.

Advertisement

Ujar aktres itu lagi, kecaman yang diterimanya itu telah memberi kesan yang buruk buat dirinya.

Satu benda yang aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang. Apa yang korang buat dekat aku ni..aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang. Aku tak berdosa, korang yang masuk neraka sebab korang push aku.

Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak ada guna sebab korang buat seorang saudara korang jadi macam ni, buat orang marah dan sakitkan hati. Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia maafkan. Salam Ramadan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Fathia Latiff dan mendoakan agar aktres itu diberi pertolongan oleh orang sekeliling.

“MasyAllah Fathia, harap carilah ustazah yang boleh membimbing Fathia, mudah-mudahan Allah jaga hati dan lidah.” komen seorang netizen.

Terdahulu, Fathia menjadi sorotan warga maya apabila dia secara terbuka mengkritik wajah pelakon Zahirah Macwilson seperti bibik selain mendakwa suami Zahirah, pelakon Aiman Hakim Ridza masih menyimpan perasaan cinta terhadap dirinya sehingga kini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan dibawah.

ROZITA CHE WAN
1 month ago

"Selalunya Orang Yang Rapat Dengan Kita Akan Rampas Suami Kita, Pesan Saya Hati-Hatilah" - Rozita Che Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...