Baru-baru ini, pihak polis telah memberi amaran kepada pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau popular dengan gelaran Ysuku untuk tidak melakukan modifikasi pada motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Malah, pihak PDRM juga memberi amaran kepada selebriti untuk berhenti mempromosikan ubah suai Ysuku secara haram dan melanggar undang-undang.
Perkara itu mendapat perhatian beberapa artis yang meluahkan pandangan mereka berhubung pelaksanaan larangan tersebut
Jika nak saman pemilik, saman juga
penjual aksesori
Pelawak Achey antara artis yang memilik Ysuku dan gemar melakukan pengubahsuaian terhadap motosikalnya. Achey berkata, jangan hanya mengambil tindakan terhadap pemilik motosikal tetapi saman juga perlu dikenakan kepada penjual aksesori.
Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.
Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah.
Advertisement
Bagaimanapun, larangan tersebut sebenarnya akan menyebabkan kerugian kerana terdapat juga peniaga aksesori membabitkan masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Ubah suai sekadar minat
Sementara itu, pelawak Zizan Razak berpendapat larangan itu bukanlah hanya dilaksana untuk Ysuku semata-mata sebaliknya pada semua jenis motosikal terutama yang terbabit dalam perlumbaan haram.
Bagi artis, ubahsuai ini hanya untuk minat sahaja kerana kami suka motosikal cantik. Bagi saya meminati motosikal sejak di zaman sekolah tetapi pada masa itu tidak mampu, sekarang dah mampu saya buat apa diminati.
Antara selebriti lain yang mengikuti trend mengubah suai Ysuku adalah Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Anonymous
September 15, 2019 at 7:18 am
Perbandingan yg tk cerdik..memiliki dadah dn menggunakan dadah,keduanya adalah satu kesalahan ..tp miliki motosikal yg diubah suai tak jd kesalahan..yg jadi kesalahan adalah apabila menggunakannya..jd klau tknk kne saman jangan guna dijalanraya..klau rasa diri kreatif dn berkemahiran biarlah pd perkara dn usaha yg boleh memajukan martabat diri dn bangsa..jgn jd penegak pd perkara sia2..yg tk bleh majukan diri apalagi bangsa..bangsa lain dh maju jauh ke depan ..bangsa kita asyik bertelagah pd perkara sia2..
Anonymous
September 12, 2019 at 7:06 pm
kadang2 tak paham kenapa sikit2 nak saman, sikit2 nak kata bende tu salah..
y not ambil pendekatan gunakan creativity dia org tu serap ke jalan yang betul, officially under sirim or else yg boleh combine creativity and safety. kan ke lebih bagus mcm tu.
ni langsung x bagi peluang nak berkembang,otak baru nak berhubung! terus cantas..kalau cara salah, betulkanlah cara dia org ikut landasan yg betul.
addon
September 12, 2019 at 9:19 am
makin lama, makin ramai artis kehilangan otak..
Minah
September 11, 2019 at 5:14 pm
Kalau x cari takkan bnda tu nak dtg sndri..