Susulan isu kontroversi yang melibatkan pasangan suami isteri Alif Teega dan Aisyah Hijanah, kini wajah Alif dijadikan sebagai bahan jenaka oleh netizen di media sosial. Katanya hingga pelakon Adam Lee ingin mencukur jambang dek tidak mahu disamakan dengan Alif itu.
Bagi Adam disebabkan orang mula menyamakan muka mereka lah dirinya bertindak untuk mengambil keputusan tersebut. Aktor ini juga meminta agar netizen tidak lagi membandingkan wajah mereka berdua setelah ini.
Jambang dah buang. Dah, jangan samakan aku dengan dia lagi
Okay, jangan mesej saya lagi kata sama macam AT (Alif Teega). Suami saya no jambang lepas ni.
View this post on Instagram
Berikut merupakan kenyataan yang dimuat naik oleh isteri kepada Adam iaitu aktres Sweet Qismina di Instagram story baru-baru ini. Kapsyen tersebut disertakan sekali dengan sekeping gambar suaminya yang dimuat naik di akaun Instagram Adam yang memaparkan dirinya tidak lagi berjambang.
Bukan itu sahaja, melihat apa yang dikatakan oleh pasangan artis ini, warganet turut terhibur dengan jenaka tersebut. Ramai yang akui wajah suami kepada Sweet ini benar ada iras dengan Alif.