“Jangan Salahkan ‘Penyondol’ Je, Suami Pun Sama” – Che Ta Tegur Sesetengah Golongan Isteri

Hiburan

“Jangan Salahkan ‘Penyondol’ Je, Suami Pun Sama” – Che Ta Tegur Sesetengah Golongan Isteri

Pelakon, Rozita Che Wan menegur sikap sesetengah golongan isteri yang meletakkan semua kesalahan pada orang ketiga atau penyondol setiap kali terjadi masalah curang dalam rumah tangga.

Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, suami juga turut bersalah dalam hal ini kerana hubungan sulit tidak akan tercetus sekiranya kedua-dua pihak tidak memainkan peranan.

Advertisement

Saya tak suka bila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pulak salahkan perempuan tu saja.

Dalam hal ini, dua-dua salah. Suami diorang tu taklah baik sangat tapi kenapa perlu terlalu marah dekat wanita tu saja?

Suami yang gatal sebab kalau dua-dua tak sama naik, hubungan tu tak akan menjadi.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin turut terbabit dalam isu tersebut.

Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan tu.

Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan tu.

Dalam pada itu, pelakon 4 Madu itu tidak bersetuju dengan tindakan segelintir golongan isteri yang suka berkongsi masalah rumah tangga di dalam media sosial.

Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri. Lebih baik diam. Saya tabik dengan cara Mizz Nina, terus ke pejabat agama.

Bukan itu sahaja, Che Ta berpendapat bahawa perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.

Kalau marah suami, kenapa nak bagi 50 juta orang tengok, marahlah dia terus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Time Sebar Aib Bukan Main Riak.." - Anju Tuntut Permohonan Maaf Dari Bekas Tunang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...