Meskipun video beliau dikritik dan dimarahi secara agresif oleh Mas Idayu sudah viral di media sosial, penyanyi Baby Shima memberitahu beliau sedikit pun tidak terasa hati mahupun menyimpan dendam terhadap Mas Idayu dan menerima segala komen yang diberikan.
Baby Shima juga berharap netizen berhenti menyalahkan Mas Idayu dan mengakui beliau sepatutnya dimarahi kerana melakukan banyak kesalahan didalam persembahannya.
Saya tidak marah dengan Mas Idayu. Saya hormati segala kritikannya dan sedih kerana tidak berjaya memberikan persembahan seperti yang dia harapkan. Memang banyak kelemahan saya dalam persembahan itu. Memandangkan ia pertandingan besar, saya gemuruh hingga menjejaskan penyampaian. Saya lihat semua kritikan secara positif. Bagi saya ia teguran membina dan tak perlu menyalahkan sesiapa.
D’Academy Asia merupakan program realiti nyanyian yang disiarkan di Indonesia. Selain Baby Shima, ahli kumpulan Forteen iaitu One juga merupakan salah seorang peserta program tersebut.