Baru-baru ini, penyanyi Baby Shima meluahkan rasa bimbang apabila seorang peminat lelaki misteri dikatakan menjadi terlalu obses dengannya sehingga sanggup ugut membunuh diri dengan meminum racun.
Lelaki itu bukan sahaja menghantar mesej ugutan malah turut menghantar mesej berbau lucah di akaun Instagram penyanyi berkenaan.
Caranya yang terlalu obses (mesej berbaur lucah) terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko. Saya tak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses.
View this post on Instagram
Baby Shima juga akui rasa terkilan apabila netizen berkata aksinya dalam video muzik berkenaan yang mendorong lelaki tersebut menjadi gila seks.
Tuduhan berat tu. Bagi saya, seseorang jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat. Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses.
Dalam pada itu, seorang doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Rizwan menjelaskan bahawa isu ketagihan seks atau ‘sex maniac’ ini memang wujud dalam kalangan masyarakat.
Dr Afif juga berkata sifat ketagihan terhadap seks bukanlah berlaku dalam masa yang singat dan banyak faktor lain yang menjadi punca.
Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.
“Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca,” katanya.
Tambahnya mereka yang mengalami ketagihan seks juga perlu mendapatkan bantuan profesional seperti pakar psikologi atau kaunseling selain mendekatkan diri dengan Allah.