Ayam adalah sumber protein tinggi yang sangat diperlukan untuk sejumlah fungsi penting dalam tubuh. Oleh itu, kita sebagai pembeli, harus bijak dalam memilih kesegaran ayam untuk kesihatan badan.
Masih ramai diantara kita yang tidak tahu dan tidak pandai dalam memilih ayam yang segar. Tahukah anda, ayam yang segar dan berkualiti sangat bagus untuk pemakanan harian sekaligus dapat menjadikan masakan lebih enak.
Untuk lebih jelas akan pemilihan ayam yang segar, ayuh ikuti tips di bawah.
1. Perhatikan darah pada tulang ayam
Tahukah anda, ayam yang masih segar tidak akan mempunyai banyak darah pada bahagian tulang. Darah yang banyak akan membuatkan ayam menjadi busuk kerana telah dibekukan dan dinyahbeku berkali-kali.
2. Tekstur daging ayam
Daging yang segar akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Sebelum menjadi ayam di pasar, anda disarankan untuk menekan sedikit daging untuk melihat teksturnya. Daging ayam yang tidak segar akan tenggelam jika ditekan.
3. Tiada bau yang busuk
Jika ayam berbau busuk dan hanyir, itu bermakna ayam itu sudah tidak segar dan tidak selamat untuk dimasak kerana ia akan merosakkan masakan dengan baunya.
4. Warna daging ayam
Apabila hendak membeli ayam, perkara pertama yang akan diperhatikan ialah warna ayam itu. Warna kemerah-merahan menandakan ayam itu masih segar dan selamat dibeli.