Pemain bola sepak negeri Selangor FC, Faisal Halim ada berkongsi tentang beberapa perkara yang boleh menjatuhkan karier seorang pemain bola sepak.
Menerusi satu video milik jenama makanan terkenal, Faisal Halim berpendapat selain punca dari diri sendiri, duit, kecederaan dan juga kesilapan memilih pasangan juga adalah faktor kejatuhan seseorang.
Sebenarnya yang menjatuhkan pemain bola sepak adalah diri mereka sendirilah.
Yang pertama adalah duit, kedua adalah kecederaan dan yang ketiga adalah salah pilih isteri. Yang tak kahwin lagi salah pilih girlfriend, orang Penang panggil ‘cinggey’.
Walau bagaimanapun, Faisal yang lebih mesra disapa sebagai Mickey itu berkata ia berbalik kepada diri sendiri dan seseorang itu perlulah mengatur hidup dengan baik.
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang sangat baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Faisal selain berasa gembira melihat perkembangan positif pemain bola itu setelah tragedi disimbah asid beberapa bulan yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.