“Jangan Salah Guna Pangkat Untuk Lakukan Kerja ‘Haram’..” – Zahid Hamidi

Berita

“Jangan Salah Guna Pangkat Untuk Lakukan Kerja ‘Haram’..” – Zahid Hamidi

Melalui laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pesanan agar anggota dan pegawai  pasukan pertahanan serta keselamatan tidak seharusnya menggunakan kedudukan mereka untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang tidak berkompromi dengan isu penyalahgunaan kuasa.

Advertisement

ahmad zahid hamidi

Dalam pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan penyalagunaan kuasa perlu dihentikan kerana ia membabitkan imej pasukan keselamatan serta pertahanan negara yang mesti dipertahankan.

Saya harap ini jadi satu pengajaran mahal untuk yang lain-lain, apa juga pasukan penguat kuasa supaya tidak melakukan kerja yang sama ataupun kerja-kerja berlainan dengan tujuan yang sama.

TMJ pemberi maklumat ops sohor

Sekadar info, minggu lalu, 10 individu termasuk pegawai kanan tentera berusia dalam lingkungan 30 hingga 55 tahun serta seorang warga Indonesia telah ditahan melalui Op Sohor oleh Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS).

TMJ pemberi maklumat ops sohor
2025-08-17 10:45:55

TMJ Antara Pemberi Maklumat Dalam 'Raid' Ops Sohor : Azam Baki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...