“Jangan Risau, Tak Payah Bayar Uncle Belanja”, Gadis Ini Kongsikan Kisah Baik Hati Pemandu MyCar

Kehidupan

“Jangan Risau, Tak Payah Bayar Uncle Belanja”, Gadis Ini Kongsikan Kisah Baik Hati Pemandu MyCar

Bergelar sebagai pelajar universiti pastinya ada banyak perkara yang terpaksa dihadapi seorang diri. Lagi-lagi bila terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga. Segala perbelanjaan diuruskan sendiri.

Seorang penuntut di universiti awam ini berkongsikan pengalaman tidak dapat dilupakan semasa minggu awalnya di universiti. Perkongsian @niniekamarudinn di laman Twitter ini menunjukkan masih ada lagi insan yang ikhlas membantu tanpa sebarang prejudis.

Advertisement

Semuanya bermula apabila dia keluar seorang diri untuk membeli barang keperluan di pasar raya berhampiran kampusnya. Lumrah sebagai pelajar universiti, pastinya dia ingin berjimat cermat dan elakkan sebarang pembaziran.

“Aku tak makan sangat kat uitm sebab nak berjimat, selagi boleh jimat, aku jimat sebab bila tengok harga buku law, harga barang makanan apa semua, aku decide aku kena utamakan keperluan”

Nasib tidak menyebelahinya apabila duit RM50 hilang tercicir dan tak dapat dijumpai. Dia kemudiannya panik kerana dia hanya membawa duit yang cukup-cukup sahaja ketika keluar. Panik bukan sahaja tak cukup duit tetapi dia juga keluar seorang diri!

Tak dapat mengawal perasaan, dia kemudian menceritakan semua yang berlaku pada pemandu itu sambil menangis. Walaupun dalam keadaan macam itu, pemandu tersebut tenang melayannya.

“Sudah, jangan nangis. Takpe uncle belanja, janji u belajar betul2. Uncle faham. Takpe uncle tolong, ini hari uncle tolong kamu, nanti orang lain pulak tolong uncle”

Bukan sahaja pemandu itu belanja harga tambang tetapi juga bermurah hati membungkus makanan untuknya bawa pulang ke kampus.

Perkongsiannya ini juga telah menarik perhatian MyCar yang kemudian memberikan ganjaran RM 500 tunai pada pemandu En. Yew Ah Tat serta tiada penolakan komisen pemanduan selama 3 bulan.

Malahan MyCar juga turut memahami akan bebanan pelajar tersebut dan akan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM 500 kepada pelajar UiTM tersebut.

Apa-apa pun, terima kasih Uncle!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.