“Jangan Risau, Saya Tak Lari…”, Lelaki Ini Ajar Anaknya Erti Bertanggungjawab

Trending

“Jangan Risau, Saya Tak Lari…”, Lelaki Ini Ajar Anaknya Erti Bertanggungjawab

Sisi buruk dalam kehidupan seharian, jarang sekali kita cerita dalam facebook. Jika bermunafaat untuk diceritakan pada anak-anak kita, kongsikanlah pada mereka di pagi Jumaat yang mulia ini.

Advertisement

“Where are we going, ayah? I want to have lunch now, i am hungry,” luah Hafiy selesai solat Jumaat. ‘Scottish accent’ nya masih pekat macam biasa.

“Jom kita pergi makan. Lepas itu Hafiy ikut ayah pergi bengkel.” Jawab aku.

“Why don’t you let me stay with adik at Mak Lang’s house? Then I can have lunch and play with Adam while you’re away.”

Hafiy kecewa selepas melihat kedai makan yang dijanji tadi tutup pula.

“Sabar, Hafiy ikut ayah okay. First, I get you a snack, then we eat in the car” Ceria dia bila mendengar ‘snack’.

Seperti dijanji, aku ekori kereta Viva yang kemek agak teruk kesan pelanggaran pagi tadi untuk ke sebuah bengkel di Serdang.

Pagi itu aku rasakan amat panjang. Tak senang duduk memikirkan kos baik pulihnya. Ada banyak bengkel lain di sekitar Puncak Jalil ni, namun aku ikutkan kehendak bapa mertua wanita itu.

Selesai menghantar kereta ke bengkel, aku bawa wanita itu pulang ke rumahnya.

Cik tak hantar kereta sama ke?” Soal wanita itu sejurus duduk di belakang.

“Tak apa, kereta saya kena sikit saja. Bila-bila nanti saya hantar bengkel.”

Dalam hati aku belum mampu sebenarnya, wang simpanan sudah menipis sejak pulang dari luar negara. Bermacam-macam bayaran di luar jangkaan. Namun aku bersyukur, tiada lagi hutang kereta.

Sepanjang setengah jam pulang itu, Hafiy mendengar setiap butir perbualan kami. Wanita itu menjelaskan betapa fobianya dengan insiden yang menimpanya berturut-turut.

Kereta Viva yang dipandunya itu milik iparnya. Baru saja berlaku insiden beberapa bulan lepas kejadian dilanggar. Dia dijanjikan untuk dibayar kos baik pulih.

Namun, orang yang melanggarnya itu tidak menunaikan janji. Hinggalah ke tahap campurtangan polis, diburu hingga ke tempat kerja. Namun, tiada sesen pun bayaran gantirugi yang diterimanya.Hanya saman saja yang polis boleh keluarkan pada pelaku tersebut.

Kes-kes kecil begini, polis selalu nasihatkan untuk selesai di luar, katanya. Cuma, dia tidak bernasib baik waktu itu, terkena dengan orang yang tiada hati perut.

Bila kena pagi tadi, saya menggigil. Encik ‘reverse’ masa saya lalu.” Tambahnya.

“Entah kenapa saya tak nampak kelibat awak waktu tu. Sangat pantas. Ikut undang-undang, saya yang salah. Takpa, esok siap, saya bayar kos baik pulih okay. Don’t worry, saya tak lari.” Aku tenangkan hatinya yang dihantui peristiwa lalu. Takut ditipu lagi.

Setelah menghantarnya pulang, aku bertanya pada Hafiy, apakah pengajaran yang dia perolehi tadi.

“Yeah.. now I know why you want me to be with you. I learnt about being responsible.” Jawab Hafiy.

“Ya Hafiy, bukan tu saja. Kita tak tahu masalah orang. Dia fobia kena marah, kena tipu, nak memandu pun takut-takut. Allah tahu setiap perkara yang kita buat. Kalau kita lari dari tanggungjawab, tidak mustahil satu hari kita pula terima musibah yang lebih besar. Doa orang teraniaya sangat makbul tau.” Tambah aku.

“What is musibah?” Sambung Hafiy. Hai.. Susah juga banyak bahasa melayu yang dia tak tahu.

“Dah jom kita makan nasik kukus bawah pokok tu.” Kasihan aku tengok Hafiy tunggu lama lapar nasi.

Lewat petang keesokan harinya, aku jumpa wanita itu bersama suami dan anaknya. Rasa bersalah aku lihat mereka datang dengan motorsikal ke tempat yang dijanji untuk serahkan wang.

“Maaf, saya tak dapat hantar awak ke bengkel, saya ada tetamu. Ini duit baikpulih RM450 dan bubur lambuk isteri saya sedekah.”

“Eh takpa bang, kami ok. terima kasih. Susah-susah saja bagi kami ini.” Jawab suaminya tersenyum.

“Isteri kata awak jual jagung di Kajang?” Aku tanyakan kepastian.

Ya bang, sambilan je. Saya kerja kontrak sekarang ni. Buat wiring rumah.” Tersipu-sipu dia jawab.

“Eloklah tu, banyak socket di rumah saya dah rosak, nanti bila sedia, saya panggil awak ok.”

“Terima kasih bang.” Sambil angkat tangan ke motorsikalnya.

Setengah jam kemudian, aku terima mesej dari wanita itu.

“Alhamdulillah, kereta dah ok cik, terima kasih”

Lega hati ini, melepasi satu ujian.

“La.. patutlah keluar tadi bawak bubur lebih. Baguslah.” Kata isteri.

Dua hari aku sembunyikan rahsia, hanya diceritakan selepas mesej yang melegakan itu.

Kredit : Iman Hasbullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...