Pemergian insan tersayang secara mendadak semestinya satu kehilangan yang sangat perit. Dorongan dan kata-kata semangat khususnya daripada keluarga sangat penting untuk mengembalikan semula kekuatan. Itulah yang dilalui oleh selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) genap setahun yang lalu.
Menerusi posting terbaru di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sejati ini dilihat menjenguk pusara suami bersama anak, Noah. Dia mengakui, tempoh setahun yang berlalu merupakan detik sukar dalam hidup.
Hey Daddy, its been a year since you’re gone.. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.. We r coping.. So, dont worry about us.. Have a wonderful life there.. We miss u..
Kata BCL lagi, walaupun sukar dia dan anak tetap baik-baik sahaja. Mereka berdua mencuba sehabis baik untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Dia turut berpesan supaya allahyarham bahagia di sana tanpa bimbang tentang keadaan mereka.
Sementara itu, ibu kepada allahyarham Ashraf Sinclair bersyukur dapat bersama-sama dengan Bunga ketika melakukan majlis tahlil di aplikasi Zoom. Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan buat allahyarham.