“Jangan Risau, Mereka Selamat”, Kucing Di Pulau Okishima Selamat Dari Taufan Hagibis

Kehidupan

“Jangan Risau, Mereka Selamat”, Kucing Di Pulau Okishima Selamat Dari Taufan Hagibis

Rasanya pencinta kucing semua sudah dapat menarik nafas lega dengan berita ini. Sebelum ini, ramai yang tidak senang duduk memikirkan nasib kucing-kucing di Pulau Okishima itu apabila Taufan Hagibis melanda Jepun, Sabtu lalu.

Hujung minggu lalu, tular #PrayForJapan di media sosial dengan laporan taufan terkuat sejak 60 tahun lalu melanda Jepun. Bukan saja ramai yang risaukan keselamatan orang awam tetapi nasib kucing-kucing pun turut sama difikirkan juga. Tapi jangan risau, mereka semua selamat!

Advertisement

kucing-kucing
Phew, nasib baik. Sebelum ini, ramai netizen yang risau memikirkan nasib kucing di Pulau Okishima atau lebih dikenali sebagai ‘Pulau Kucing’ ini. Kalau manusia pandai lah nak selamatkan diri, tapi kucing?

“Tolong doakan keselamatan kucing-kucing di Jepun.”


Menurut sumber, kerajaan Jepun dah melakukan proses pemindahan kucing-kucing itu beberapa hari sebelum taufan melanda. Jadi maksudnya, memang mereka dah ambil kira lama dah keselamatan mereka ini.

“Mereka semua selamat, jangan risau.”

komen twitter
komen twitter
Kalau tengokkan pada update di media sosial pun, ramai yang katakan keadaan di Pulau Okishima selamat. Dan nampaknya kucing-kucing di sana pun nampak okay sahaja.

twitter
kucing
Nasib baik meow selamat. Lega rasanya dah dapat tahu berita ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...