Jangan Risau, Kita Akan Bertemu Kembali Di Syurga Kata Kanak-Kanak 4 Tahun Kepada Ibunya

Kehidupan

Jangan Risau, Kita Akan Bertemu Kembali Di Syurga Kata Kanak-Kanak 4 Tahun Kepada Ibunya

Sebagai seorang manusia kita semua akan pergi meninggalkan dunia yang sementara ini apabila waktunya sudah tiba. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun tidak langsung memikirkan kematian dirinya malah lebih mementingkan ibunya sehingga dia sanggup bertahan melawan penyakitnya demi ibunya bukan dirinya.

Kerana takut ibunya sedih akan kehilangan dirinya, beliau memberitahunya bahawa dia akan bertemu kembali di syurga nanti. Selepas Nolan didiagnosis, keluarganya  membuka akaun Facebook yang mencatatkan semua momen sedih dan gembira bersamanya semasa menempuh penyakitnya.

Advertisement

Nolan adalah seorang kanak-kanak yang bercita-cita ingin menjadi seorang pegawai polis dan berkhidmat untuk komuniti seperti bapanya Jonathan, seorang bomba. Bapa Nolan, Jonathan terpaksa berhenti kerja kerana anaknya sakit.

Semasa beliau sedang dirawat di hospital, Pesuruhjaya Polis Kota membuat impiannya menjadi kenyataan menunaikan impianya sebagai pegawai polis kehormat. Beliau juga turut merasai menjadi Sarjan Rollin ‘Nolan’.

Ramai orang berdoa untuk Nolan, termasuk keluarga, dan orang luar. Mereka tidak akan melupakan hari-hari yang menyayat hati ini.

“Kami duduk bersama seluruh pasukan. Apabila ahli oncologinya bercakap, saya melihat sakit yang beliau hadapi sangat murni di matanya. Dia sentiasa jujur dengan kami dan berjuang bersama kami sepanjang masa.

“Dari imbasan CT yang dikemaskini menunjukkan tumor yang membesar memampatkan tiub bronkial dan jantungnya dalam masa empat minggu dari pembedahan dada. Rhabdomyosarcoma Alveolar Metastatic telah tersebar seperti api. Dia menjelaskan pada masa ini dia tidak merasakan kansernya boleh dirawat kerana semua pilihan rawatan yang kami telah cuba semakin merosot.

Tiada perkataan yang dapat menyatakan betapa sukarnya bagi keluarga ini untuk menerima berita ini. Ibu Nolan kini sedang mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk memberitahu anakya apa yang sedang berlaku. Nolan tidak takut akan kematian. Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan menunggunya dia di Syurga.

Sebelum Nolan meninggal, ibunya sempat berkongsi perbualan terakhir bersama anaknya pada hari-hari terakhir anaknya.

Ibu: Poot pasti sakit nak bernafas kan?

Nolan: Aahhhh

Ibu: Baby pasti awak sangat sakit kan?

Nolan: Melihat kebawah sambil berkata Ya.

Ibu: Kanser ini sangat sakit dan juga teruk, anakku berundurlah jika ianya sakit.

Nolan: Kebahagiaan itu murni, saya akan kuat lawan sakit untuk mama!

Ibu: Jangan Poot! Selama ini awak perjuangkan hidup awak demi mama?

Nolan: Ya!

Ibu: Nolan Ray, apa tugas mama?

Nolan: Untuk menjaga keselamatan saya.

Ibu: Saya tidak dapat berbuat demikian lagi di sini. Satu-satunya cara saya dapat membuat anda selamat adalah di Syurga.

Nolan: Jadi saya akan pergi ke Syurga? dan bermain sehingga mama datang kepada saya! Mama akan datang bertemu saya di syurga kan?

Ibu: Yea, sudah tentu sayang, bukan mudah nak lari dari mama.

Nolan: Terima kasih mama! Saya akan pergi main dengan Hunter dan Brylee dan Henry!

Keluarga kanak-kanak 4 tahun menggunakan sisa masa yang ada bersama Nolan. Nolan sangat suka jika ibunya berada dekat dengannya kerana dia boleh melihat serta pegang tangan ibunya.

Pada hari terakhir hidupnya, ibu Nolan pergi ke tandas untuk mandi dengan cepat. Tidak lama selepas dia menutup pintu bilik mandi, anaknya menutup matanya dan tidur nyenyak, begitulah akhir hayatnya.

Apabila dia keluar dari bilik mandi, Nolan telah dikelilingi oleh pasukan perubatannya. Ketika ibunya sedang mandi, anaknya sedang koma dan paru-parunya tidak lagi berfungsi.

“Saya berlari dan melompat keatas katil dan memegang muka anak saya. Itulah satu keajaipan yang tidak akan pernah saya lupakan. Anak saya menarik nafasnya dan membuka mata sambil tersenyum dan mengeluarkan kata-kata I love You Mummy.

“Anak saya meninggal dunia ketika saya sedang menyanyikan lagu ‘You are My Sunshine.

Ibu Nolan turut mengkongsikan gambar kenangan Nolan sedang berbaring berhadapan bilik mandi.

Katanya, Nolan sangat suka baring berhadapan bilik mandi. Itulah kenangan terkahir yang sentiasa diingati bersama anaknya.

Sungguh murni hati kanak-kanak ini yang sentiasa memikirkan ibunya walaupun sedang sakit tenat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...