Susulan mendedahkan diri terkena jangkitan herpes, segelintir pelanggan berasa bimbang dengan kebersihan perniagaan usahawan dessert sensasi, Kieda Crepe.
Staf Kieda tampil perjelaskan isu herpes
Sedar mengenai kebimbangan ramai, seorang staf Kieda Crepe Dessert tampil dalam satu video yang dimuat naik di platform TikTok bagi memperjelaskan hal tersebut.
Kata staf bernama Alya itu, Kieda tidak mengendalikan makanan, malah dia juga jarang berada di premis tersebut buat masa ini.
Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Kieda berehat di rumah buat masa sekarang. Bagi yang was-was dengan makanan yang ada di Kieda Crepe House, jangan risau Kieda tidak mengendalikan makanan.
Netizen suruh tutup premis untuk sementara waktu
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menggesa pekerja di premis berkenaan melakukan pemeriksaan kerana penyakit herpes itu boleh dijangkiti orang sekeliling.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memberi cadangan agar premis tersebut ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan.