Mungkin kita tidak pernah mengalaminya sendiri tapi budaya buli kini semakin normal di laman media sosial sejak teknologi berkembang pesat kini. Walaupun sudah terangan salah namun masih ada yang melakukannya tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Seperti apa yang terjadi baru-baru ini, seorang individu bernama Sobah (@sobahrajaa_) telah berkongsi siaran langsung cara bersolek untuk hari bertunang di laman TikTok miliknya. Pun begitu, ia telah dicemari oleh beberapa komen onar yang mengkritik penampilannya.
Kesemua kritikan dan kata-kata jahat itu kemudiannya dikongsikan oleh seorang individu di Twitter dan dia meluahkan rasa kesal apabila seseorang yang kononnya tidak mencapai ‘kecantikan standard’ dihina sedemikian rupa.
When someone yang tak capai beauty standard buat live, kemain beberapa manusia bg comment menyakitkan hati pic.twitter.com/NPyTAinIUB
— ?????? (@Hadyna_) January 6, 2021
Bahkan kata individu itu, walaupun mengatakan bahawa dia tidak kisah dengan kata-kata buruk yang dilemparkan kepadanya namun pasti hatinya sedikit sebanyak akan berasa sakit juga.
Malah apabila dia mula mahu menanggalkan solekan dan membalas kata-kata kritikan buatnya, mereka terus membuli dan mengatakan bahawa dia cepat ‘koyak’ dan senang terasa.
Thread berkenaan yang dikongsikan di Twitter sejak semalam sudah pun meraih 38,000 perkongsian selain menerima 56,000 tanda suka kini. Bahkan rata-rata warga Twitter telah meninggalkan komen mereka dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Bukan itu sahaja, isu tersebut turut menarik perhatian selebriti terkenal Malaysia iaitu Yuna dan Aizat Amdan. Mereka berdua tidak terlepas menulis komen positif buatnya.
ignoring the trolls (they dont deserve the clout they sad AF).. this girl is just doing her thing i love it!! https://t.co/VnMBnIqgzm
— YUNA (@yunamusic) January 7, 2021
Dont worry, you’re beautiful. Jom live dgn abg https://t.co/bgTpqd0ccW
— Aizat Amdan (@MuhdAizatAmdan) January 7, 2021
Bahkan Sobah juga dilihat meninggalkan komen pada thread tersebut dan berterima kasih kepada individu tersebut kerana berpihak kepadanya. Katanya secara jujur, dia tidak kisah dengan individu yang meninggalkan komen jahat malah dia sudah pun memaafkan mereka. Namun lebih baik sekiranya mereka tidak melebih-lebih sehingga menyakitkan hati orang lain.
hi sis ,i sobahrajaa tuh ,actly i xkisah kne keca,but kdng2 jgn smpi buat hti org terluka or terasa,i dah maafkn org yg dok kecam2 i ,tq dear
— Puteribongsu_ (@sobahra) January 6, 2021
Bila tiada benda baik nak cakap, berdiam diri adalah pilihan terbaik. Betul tak?