Pelakon sensasi, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia mencurahkan rasa hati di beberapa hantaran Instagram Story baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Rita meluahkan rasa sebal terhadap individu yang cuba mendekati anak-anaknya.
Tulis Rita, individu itu seperti tebal muka kerana mula mencari perhatian namun tidak menghormati dirinya sebagai ibu.
Bila awak tak beri apa-apa, tak usah hairan kalau awak tak dipeduli. Jangan risau, anak saya takkan perasan kewujudan awak.
Untuk yang tak pernah hadir waktu perlu, jangan nak terkejut bila tiada dalam cerita. Saya ajar anak kenal nilai, bukan sekadar kenal nama.
Pelakon itu malah meletakkan tanda pagar #Kifarahisreal pada setiap hantarannya.
Dulu awak memilih untuk tidak ada. Sekarang terimalah bila tidak diperlukan. Jangan datang hari ini dan harap dilayan macam tak pernah pergi.
Syukur pada teknologi setidaknya wajah anak masih boleh dikenali dari jauh. Kalau tak sebab sosial media silap-silap jumpa anak pun tanya ‘anak siapa ni?”
Sebelum ini, Rita pernah menyatakan bahawa individu itu tidak mempunyai sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anak-anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.