“Jangan Rendahkan Maruah Orang Miskin” – Golongan B40 Dikaitkan Dengan Isu Tak Mampu Beli Kalau ‘Support Vendor’, Kieda Luah Rasa Kesal

Kehidupan

“Jangan Rendahkan Maruah Orang Miskin”  – Golongan B40 Dikaitkan Dengan Isu Tak Mampu Beli Kalau ‘Support Vendor’, Kieda Luah Rasa Kesal

Siapa saja yang tidak mengenali dengan Kieda Crepe, dimana namanya sering dikaitkan dengan pelbagai isu dan antaranya adalah ‘support vendor’ dahulu baru boleh membeli barangnya.

Disebabkan peraturan seperti itu, seorang TikTokers terkenal menegur Kieda dengan mengaitkan dengan golongan kurang mampu yang terpaksa membeli lebih sebelum dapat rasa manisan yang diperbuat oleh Kieda.

Advertisement

Jangan kaitkan dengan golongan miskin!

Susulan ditegur, Kieda tampil membuat satu hantaran di TikToknya dengan meminta agar orang ramai tidak mengaitkan golongan kurang mampu dengan peraturan ‘support vendor’ ini.

Yang banyak support saya semua golongan B40. Manakala golongan T20 banyak minta kurang ja dekat saya.

Jangan rendahkan maruah orang miskin, akui diri orang miskin

Dalam pada itu, usahawan itu memberi pesanan untuk tidak merendahkan maruah orang kurang kemampuan demi kepuasan diri sendiri hingga menyakitkan hatinya.

Bahkan, dengan rasa rendah hati Kieda memohon maaf kepada pihak yang mungkin tidak gemar dengan caranya berniaga dan akui dirinya juga miskin tetapi berusaha mahu menaikkan martabat keluarga.

 Orang miskin takkan meminta. Sebab orang miskin macam kami, SEDAR DIRI setakat mana kami mampu.

Sekadar info, Kieda telah menutup ruangan komen hantaran berkenaan kerana barangkali sedar ramai yang akan meninggalkan komen kritikan.

kieda crepe
9 months ago

"Ni Kedai Crepe Ke PLKN?" - Banyak Peraturan Sebelum Beli Barang, Kieda Crepe Jadi Perhatian Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...