Tidak senang hati dilaga-lagakan dengan sahabatnya, penyanyi Naqiu akui kecewa ada sesetengah pihak yang tak henti mengeruhkan persahabatan dengan penyanyi Hady Mirza.
Katanya ketika diwawancara sumber, hubungan dirinya dengan Hady berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Cuma, ada individu yang ingin melagakan mereka hingga membabitkan nama dua negara dan memulakan spekulasi buruk terhadap kedua finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ini.
Saya pernah cakap dengan Hady yang saya kesal bila ada yang cakap kami bergaduh sehingga membabitkan nama negara.
Saya nak pesan kalau anda minat seseorang artis ni, jangan rasa tergugat dengan artis lain sebab kami sebenarnya okay saja, dah macam family, jangan melaga-lagakan kami.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, kata juara GV6 ini, dia turut menasihati mereka yang meminati bukan sahaja dirinya tetapi peminat artis lain juga untuk tidak mencetuskan isu di antara mereka hingga menimbulkan fitnah mereka berbalah dan sebagainya.
Tambah Naqiu lagi, dia menegaskan sekali lagi bahawa dirinya dan Hady tidak mempunyai apa-apa masalah seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Katanya lagi, dia cukup tidak selesa apabila nama negara dibabitkan dalam fitnah berkenaan memandangkan ada juga peminatnya yang berasal dari negara tersebut.