“Jangan Putus & Berjuang Sampai Akhir, Kebenaran Itu Berharga..” – Faham Perasaan Keluarga, Bapa Zulfarhan Titip Kata-Kata Semangat

Trending

“Jangan Putus & Berjuang Sampai Akhir, Kebenaran Itu Berharga..” – Faham Perasaan Keluarga, Bapa Zulfarhan Titip Kata-Kata Semangat

Dapat dilihat melalui laporan Majoriti, bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Zulkarnain tampil bersuara mengenai kes melibat arwah Zara Qairina yang disyaki meninggal dunia akibat dibuli pelajar asrama yang lain.

Bapa Zulfarhan minta ibu Zara jangan putus asa cari kebenaran

Mengimbau kembali kejadian yang pernah terjadi terhadap arwah anak dan selama tujuh tahun berjuang di mahkamah demi dapatkan keadilan, Zulkarnain berharap ibu arwah Zara iaitu Noraidah serta keluarga lain kekal tabah.

Advertisement

Saya faham perasaan mereka. Jangan putus asa. Berjuanglah sampai ke akhir. Banyakkan berdoa dan teruskan usaha sehingga kebenaran terbukti.

ibu bapa zulfarhan

Dalam pada masa yang sama, Zulkarnain berkata kehilangan anak merupakan satu dugaan yang amat perit untuk dilalui.

Tapi demi dia, demi Zara, teruskan langkah walaupun terpaksa menangis setiap hari. Kebenaran itu berharga, dan ia hanya akan datang jika kita terus mencari.

Minta kubur anak digali semula tindakan tepat!

Tambahannya lagi, tindakan Noraidah membuat laporan polis dan memohon agar kubur anak digali semula merupakan langkah yang tepat demi mendapatkan kebenaran.

polis kawal kubur Zara Qairina

Kita tidak tahu punca sebenar kematian. Ada dakwaan berkaitan buli, ada juga yang kata punca lain. Siasatan semula adalah cara terbaik untuk mendapatkan kepastian.

Sekadar info, proses bedah siasat terhadap mayat pelajar Tingkatan Satu iaitu Zara Qairina telah pun dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia pada Sabtu lalu.

Terkini kes zara qairina
2025-08-13 09:17:34

Kes Zara Qairina: KPM Tempatkan Pengetua, PK Hem & Warden Di JPN Sehingga Siasatan PDRM Selesai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Majoriti

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...