Seperti diketahui ramai, usahawan sensasi Nur Sajat secara terang-terangan mengakui bahawa dirinya merupakan seorang ‘transgender’, di mana sebelum ini berjantina lelaki tetapi kini sudah menjadi ‘perempuan’ selepas membuat pembedahan.
Isu dirinya memilih untuk menjadi perempuan sering menjadi topik ‘panas’ dikalangan netizen dan baru-baru ini, melalui video ‘live’ TikToknya yang tular di Facebook, terdapat seorang pengguna bertanya sama ada dia penat ataupun tidak hidup sebagai seorang ‘pondan’.
Sajat dengan selamba menjawab;
Jadi pondan tak penat. Jangan jadi pura-pura alim, pura-pura baik barangkali dia yang menonggeng.
Dalam pada masa yang sama, dengan nada gurau usahawan tersebut juga berkata lebih penat mahu berpura-pura ‘sado’.
Katanya lagi, dengan tidak menjadi diri sendiri lebih penat kerana perlu mengawal dua firasat yang berbeza.
Sebelum ini, Sajat mengakui sudah membuang alat kelaminnya dan hal terbabit telah mencetuskan kontroversi hangat sewaktu itu.