Jika sebelum ini di minggu pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, kehadiran Sang Bara mendapat kecaman hebat dari netizen, nampaknya sekarang ini sudah bertukar arah.
Melalui tinjaun pihak Gempak di media sosial, didapati rata-rata netizen yang menonton MLM 2021 sekarang ini sudah mula menyelebelahi Sang Bara.
Penonton tidak lagi mengkritik mahupun mengecam Sang Bara, sebaliknya kini ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada para juri yang sentiasa ingin ‘mencari gaduh’ dengan naga keramat MLM 2021 itu.
View this post on Instagram
Antara komen yang didapati di media sosial adalah, Sang Bara semakin baik dalam memberikan komen kepada peserta dan kata-kata yang dillontarkan semuanya relevan berbeza ketika kemunculan awalnya.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa kurang senang apabila para juri seringkali ‘memotong’ komen Sang Bara, sehinggakan ada yang meminta agar juri ditukarkan kepada yang lain.
Juri jangan potong ke menyampuk ke masa Sang Bara bercakap boleh tak??
View this post on Instagram
Sekadar info, pada minggu lalu tiada penyingkiran yang berlaku dan kesemua tujuh kumpulan bakal terus berentap pada Jumaat ini dengan sketsa bertemakan ‘Karoot’, Dikir Barat dan Props.
Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan dibawah.