May 25th, 2017

Pelantikan selebriti popular, Neelofa sebagai sebagai duta belia Transformasi Nasional (TN50) mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Walaubagaimanapun, Neelofa berharap tiada pihak yang mempolitikkan pelantikan tersebut.

Menurut Neelofa, beliau bersetuju untuk terlibat dengan TN50 kerana ingin melihat kemajuan negara Malaysia yang akan memberikan manfaat kepada generasi akan datang.

Tidak perlu kaitkan TN50 dengan politik kerana agenda itu melangkaui pemahaman atau pun perbezaan politik. TN50 ialah proses untuk kita merangka hala tuju negara dalam masa 30 tahun akan datang. Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara.

Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri. Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang.

Kita tidak dapat menghalang seseorang itu daripada menyatakan pendapat mereka mengenai pelantikan ini kerana setiap orang mempunyai pemahaman dan pandangan berbeza. Walaubagaimanapun, harapnya dengan pelantikan Neelofa sebagai duta mungkin akan ada perubahan positif.

Sumber Berita : BH ONLINE

 


Comments are closed.

Loading...