Baru-baru ini, kecoh di platform TikTok satu video memaparkan wanita berniqab yang merupakan instructor zumba sakan mengajar ‘anak muridnya’ langkah-langkah senaman aerobik sambil menari-menari.
Susulan tular di platform tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat kelakuan wanita terbabit biarpun menari sambil memakai baju longgar berserta niqab.
Ada beberapa individu yang merasakan wanita itu seolah-olah perlekehkan serta menjatuhkan kemuliaan pakaian Sayyidatina Fatimah Az Zahra.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang meluahkan rasa malu untuk wanita berniqab itu kerana melenton-lentokkan badannya, lalu dipertontonkan kepada netizen.
Bagaimanapun, ada juga beberapa individu yang bersikap terbuka dengan memuji instructor tersebut kerana masih menutup aurat dengan sempurna biarpun sedang bersenam.