Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Perlekehkan Kerja Mereka..” Siti Nurhaliza Tampil ‘Bersuara’ Ingatkan Penyamar Sitizoners

Jika sebelum ini agak kecoh di media sosial apabila isu berkaitan dengan imej serta rekaan kulit album penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering menjadi bual bicara serta dikritik ramai termasuklah peminat penyanyi itu sendiri.

Terbuka hati menerima teguran daripada peminat, Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kritikan seperti itu bukanlah sesuatu yang baru diterimanya.

Ujar Siti lagi, dia kerap menerima teguran termasuklah daripada ahli kelab peminatnya sendiri iaitu Sitizoners yang banyak memberi komen mengenai penampilannya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

Terbaru, rekaan kulit album Siti yang berjudul ManifestaSITI2020 turut menjadi tumpuan apabila mereka ini mendakwa konsep yang ditonjolkan tidak sesuai dengan imej Siti dan seolah-olah seperti muka hadapan majalah hartanah.

Menyedari akan hal itu, Siti menerusi beberapa ciapan di laman Twitternya telah tampil ‘bersuara’ dan mengingatkan agar orang ramai berhenti membanding-bandingkan serta mempertikaikan cara dia bekerja.

Twitter Siti NurhalizaSumber : Twitter Siti Nurhaliza  

Dia dalam pada itu juga meminta para peminat agar tidak mudah merendah dan memperlekehkan usaha mana-mana pihak dalam pasukannya iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP).

Tambah penyanyi yang kini sarat hamil anak ke-2 ini lagi, dia merupakan orang terakhir yang akan membuat setiap keputusan akhir bagi setiap produk dan hasil kerja seninya.

Advertisement

Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengusahakan perniagaan berupa produk kosmetik, kesihatan dan juga. tudung selain menyanyi sepenuh masa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    April 5, 2021 at 10:52 am

    hmmm dah nampak dah siti ni makin suam hmmm adat lah tu siti pun dah kaya raya bagilah laluan artis lain pulak yer.ada artis seangkatn siti yg sgt underrated kesian sampai sekarang hidup tak seberapa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top