“Jangan Perlekeh Ilmunya, Dia Berijazah Takkan Kita Mahu Remeh-Remehkan?” – Nyanyian Syafinaz Dikritik, Ajai Tampil ‘Back-Up’

Hiburan

“Jangan Perlekeh Ilmunya, Dia Berijazah Takkan Kita Mahu Remeh-Remehkan?” – Nyanyian Syafinaz Dikritik, Ajai Tampil ‘Back-Up’

Baru-baru ini, nyanyian guru vokal serta juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Syafinaz dikritik netizen yang menyifatkan ia tidak sedap apabila didengari.

Tampil pertahankan Syafinaz, penerbit muzik iaitu Ajai berpendapat orang ramai tidak sepatutnya pertikaikan ilmu serta pengalaman guru vokal itu.

Advertisement

Mungkin orang tidak biasa dengar Syafinaz menyanyi soprano sebab itu bukan pasaran Malaysia. Tapi, kita jangan perlekeh ilmunya. Kalau dia berijazah, takkan kita mahu meremeh-remehkan?

Dalam pada itu, Ajai turut berkata sebagai juri, dia serta Syafinaz bersikap terbuka untuk terima kritikan daripada orang ramai kerana itu adalah hak masing-masing.

Tohmahan netizen itu tidak mengapa. Itu hak mereka. Apabila jumpa di luar, dia tetap nak selfie bersama. Disebabkan itu, saya fikir tohmahan netizen itu tidak apa-apa.

Sebelum ini, di platform media sosial, tular video persembahan Syafinaz di sebuah program yang membawa lagu Persis Salju dan Europa tetapi ia tidak diterima baik oleh netizen hingga ada mendakwa kredibilitinya sebagai juri.

Datuk Syafinaz
6 months ago

"Tak Faham Mat, Google Pun 'Error'" - Gaya Rambut & Persembahan Datuk Syafinaz Jadi Kecaman, Ramai Yang Tak Faham

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...