Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Percaya Sumber Lain Mengenai Penceraian Kami – Erra Fazira

Sudah lama gosip penceraian antara Erra Fazira dan Engku Emran berterbangan di alam maya. Terbaru, ada khabar angin menyatakan yang pasangan ini sudah pun bercerai pada bulan Oktober yang lalu. Kononnya sumber berita ini sangat boleh dipercayai.

erra fazira bercerai

Advertisement

Ingin mendapatkan kepastian mengenai desas-desus ini, portal Murai menghubungi Erra Fazira sendiri. Tuan punya badan berharap agar segala gosip mengenai rumah tangganya tidak dipercayai melainkan hanya keluar daripada mulutnya sendiri. Kata Erra:-

Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja. Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua. Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri

erra fazira bercerai

Jadi kepada peminat Erra Fazira, tunggu sahajalah kenyataan daripada mulut Erra Fazira sendiri. Apa pun Abang Nara harap agar perkahwinan Erra dan Engku Emran akan berkekalan sehingga bila-bila. Mereka bertiga nampak sangat-sangat bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tak gitu?

P.S: Tong sampah versi Slam Dunk.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 Comments

  1. resepimudah

    November 18, 2012 at 10:33 pm

    Kesian erra…dr dlu smpai skrg x abis2 kontroversi….

  2. PEMINAT ERRA

    November 18, 2012 at 9:42 pm

    tak kisah siapa erra janji kita minat dia arrrr….hal umahtangga hal lain..klu benar primadona tu semua hosnya plat J CUN…..

  3. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    November 18, 2012 at 7:09 pm

    helo erra kalau erra dh bercerai teros terang aje la kannnnnn erra jangan cakap ngan peminat ni semua khabar anginnnnnn kalau betol dh bercerai cakap betol aje senang jangan berdolak dalek…..

  4. aku

    November 18, 2012 at 6:22 pm

    terkejut besar tengok tajuk tu.. “Jangan Percaya Sumber Lain Mengenai Penceraian Kami”…mcm lah dah confirm cerai. tp bila baca keseluruhan, tak ada pula yg jelas menyatakan erra bagi tau mcm tu. konfus lah dgn tajuk mcm tu. tak suka..sdgkan benda belum sahih lagi.

  5. pot pet

    November 18, 2012 at 6:07 pm

    cian erra ni .. kena mandi air bunga .. asyik kawin x lekat ….

Loading...
To Top