“Jangan Percaya Abang Sangat..” – Selalu Minta Isteri ‘Check’ Telefon Bimbit, Hafiz Mahamad Bimbang Tercurang

Kehidupan

“Jangan Percaya Abang Sangat..” – Selalu Minta Isteri ‘Check’ Telefon Bimbit, Hafiz Mahamad Bimbang Tercurang

Sedia maklum, kes curang pada zaman ini semakin berleluasa dan sering kali kita dapat lihat tidak kira daripada kalangan netizen ataupun seseorang yang dikenali ramai.

Minta isteri sentiasa check telefon bimbit

Bagi pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad, dia memberitahu dirinya sentiasa meminta isteri, Syafiqah Aina untuk memeriksa telefon bimbit agar tidak berlaku kes curang dalam rumah tangga.

Advertisement

Difahamkan dari laporan Gempak, Hafiz selalu memberitahu isteri mengenai ujian yang dilalui oleh golongan lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana.

Tak letak kepercayaan terlalu tinggi

Dalam pada itu, usahawan tersebut turut meminta Aina untuk tidak terlalu meletakkan kepercayaan kepadanya dan sentiasa mengingatkan isteri untuk periksa telefon supaya ada perasaan takut.

Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.

Sekadar info, sewaktu pempengaruh Aliff Teega ‘kantoi’ sudah berkahwin dua, netizen berharap agar Hafiz Mahamad tidak mengikut jejak langkah lelaki itu.

hafiz mahamad
1 year ago

"The Last Man Standing!" - Harapan Terakhir, Netizen Mohon Hafiz Mahamad Tak Buat Hal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...