Jangan Panik Dan Buang Haiwan Peliharaan Anda, Ini Penjelasan Doktor Veterinar Tentang Apa Yang Perlu Dilakukan

COVID-19

Jangan Panik Dan Buang Haiwan Peliharaan Anda, Ini Penjelasan Doktor Veterinar Tentang Apa Yang Perlu Dilakukan

Seekor harimau yang bernama Nadia di New York menjadi bualan hangat di sosial media apabila haiwan itu telah disahkan positif wabak COVID-19. Perkara yang sama turut berlaku pada seekor kucing yang merupakan haiwan peliharaan kepada seorang pesakit COVID-19 di Belgium.

Baca: Seekor Kucing Milik Pesakit Coronavirus Telah Diuji Positif Di Belgium

Advertisement

Kes-kes yang dilaporkan ini telah menimbulkan rasa panik kepada mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Bagi membantu orang ramai memahami keadaan sebenar, seorang doktor veterinar telah memberikan penjelasan lanjut di akaun Twitter miliknya.

Berdasarkan perkongsian itu, menurutnya masih belum ada bukti  saintifik yang menunjukkan virus ini adalah berpunca daripada haiwan. Maklumat genetic sequence Covid-19 yang dijumpai oleh saintis yang paling dekat adalah dengan CoV yang ada di dalam Rhinolophus Bat iaitu sejenis kelawar, di mana ada kemungkinannya.

Kajian mendalam masih dijalankan terhadap haiwan yang positif COVID-19 tu ye. Tetapi penting untuk kita tekankan disini, tidak ada bukti saintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran COVID-19.

Pemilik haiwan turut dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan semasa mengendalikan haiwan peliharaan. Seperti saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemilik haiwan perlu mencuci tangan setiap kali memberi makan atau memegang haiwan tersebut.

“Elakkan cium, jilat atau berkongsi makanan dengan haiwan peliharaan kita.”

kucing

Selain itu, penting untuk mereka yang disahkan positif COVID-19 untuk mengelakkan sebarang kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan setakat ini, semua haiwan yang dijangkiti mendapat jangkitan daripada manusia yang disahkan positif COVID-19.

Minta bantuan daripada orang lain bagi menjaga haiwan peliharaan anda semasa anda dikuarantin. Penjaga haiwan peliharaan itu juga disarankan memakai topeng muka dan mencuci tangan sebaik sahaja selesai menguruskan haiwan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah memberitahu KKM kini sedang giat menjalankan kajian lebih lanjut mengenai hal ini. Buat sementara waktu, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan kebersihan diri pada tahap maksima semasa menguruskan haiwan peliharaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...