Seekor harimau yang bernama Nadia di New York menjadi bualan hangat di sosial media apabila haiwan itu telah disahkan positif wabak COVID-19. Perkara yang sama turut berlaku pada seekor kucing yang merupakan haiwan peliharaan kepada seorang pesakit COVID-19 di Belgium.
Baca: Seekor Kucing Milik Pesakit Coronavirus Telah Diuji Positif Di Belgium
Kes-kes yang dilaporkan ini telah menimbulkan rasa panik kepada mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah. Bagi membantu orang ramai memahami keadaan sebenar, seorang doktor veterinar telah memberikan penjelasan lanjut di akaun Twitter miliknya.
Sedikit pengenalan,
coronavirus (CoV) infection berlaku pada haiwan dan manusia, some strains of CoV ni zoonotic (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia) but, many strains are not!
Contoh
1. MERS-CoV dari unta -> manusia
2. SARS-Cov dari civet -> manusia— Dr. Afiq Vet (@DrAfiqS) April 6, 2020
Berdasarkan perkongsian itu, menurutnya masih belum ada bukti saintifik yang menunjukkan virus ini adalah berpunca daripada haiwan. Maklumat genetic sequence Covid-19 yang dijumpai oleh saintis yang paling dekat adalah dengan CoV yang ada di dalam Rhinolophus Bat iaitu sejenis kelawar, di mana ada kemungkinannya.
Kajian mendalam masih dijalankan terhadap haiwan yang positif COVID-19 tu ye. Tetapi penting untuk kita tekankan disini, tidak ada bukti saintifik yang mengatakan haiwan yang dijangkiti memainkan peranan di dalam penyebaran COVID-19.
Jadi janganlah kita bertindak atau bersangka bawa haiwan peliharaan kita ni bawa covid-19.
Takut ada yang buang kucing pulak nanti. Sebab setakat ni haiwan ni pun berjangkit dari manusia bukan sebaiknya. ?
— Dr. Afiq Vet (@DrAfiqS) April 6, 2020
Pemilik haiwan turut dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan semasa mengendalikan haiwan peliharaan. Seperti saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemilik haiwan perlu mencuci tangan setiap kali memberi makan atau memegang haiwan tersebut.
“Elakkan cium, jilat atau berkongsi makanan dengan haiwan peliharaan kita.”
Selain itu, penting untuk mereka yang disahkan positif COVID-19 untuk mengelakkan sebarang kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan setakat ini, semua haiwan yang dijangkiti mendapat jangkitan daripada manusia yang disahkan positif COVID-19.
Minta bantuan daripada orang lain bagi menjaga haiwan peliharaan anda semasa anda dikuarantin. Penjaga haiwan peliharaan itu juga disarankan memakai topeng muka dan mencuci tangan sebaik sahaja selesai menguruskan haiwan tersebut.