“Jangan Panggil Nama” – Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Dakwa Lebih Senang Jumpa

Kehidupan

“Jangan Panggil Nama” – Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Dakwa Lebih Senang Jumpa

Ibu bapa pastinya akan berasa cemas jika anak kecil mereka tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan ketika berkunjung ke tempat awam seperti pasar raya misalnya.

Seperti sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang bapa menghadapi situasi ngeri apabila anaknya tiba-tiba sahaja hilang di sebuah ‘mall’.

Advertisement

Berikuta itu, seorang wanita bernama Reina Lum yang juga seorang peguam telah berkongsi tips untuk mencari anak yang hilang dengan cara yang lebih berkesan.

Ujar Reina dalam video yang dimuat naik di TikTok, dia berkata bahawa perbuatan menjerit dan memanggil nama anak bukanlah cara yang efektif.

Sebaliknya, jerit ‘details’ yang anak anda pakai seperti warna pakaian, ketinggian atau sebarang maklumat yang membolehkan orang ramai membantu anda mengesan kehilangan si kecil itu.

Menurut logiknya, lebih banyak orang akan membantu mengesan dan peluang untuk menemukan kembali anak yang hilang adalah lebih tinggi.

Tips anak hilangSumber : TikTok  

…jerit, saya tengah cari budak lelaki, baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau, pasti semua orang akan mula mencari anak tersebut..

Dengan cara itu, penculik akan membatalkan niat untuk melakukan perbuatan jahat kerana sedang diperhatikan orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendapati cara itu terlihat lebih efektif berbanding tindakan menjerit memanggil nama sahaja.

Ada netizen meninggalkan komen yang menerangkan bahawa amalan yang dijelaskan Reina sebenarnya telah lama dilakukan di negara barat.

perut boroi lelaki cara atasi
3 years ago

(VIDEO) Bukan Sebab Kerap 'Bersama', Doktor Kongsi Tips Kurangkan Perut 'Boroi' Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...