“Bawak Grab Je?”- Isteri Pemandu Grab Berkongsi Cerita

Trending

“Bawak Grab Je?”- Isteri Pemandu Grab Berkongsi Cerita

Mungkin ini reaksi orang sekeliling bila ditanya mengenai pekerjaan anda sebagai pemandu Grab. Tapi ada apa dengan pemandu Grab? Tiada yang salah dari segi undang-undang ataupun agama untuk pekerjaan ini.

Grab adalah satu aplikasi yang membantu penumpang untuk mencari pemandu persendirian untuk ke destinasi yang dituju.

Advertisement

 

Kredit: Feeldesain.com

Sebagai seorang isteri kepada pemandu Grab, wanita ini berkongsikan kisah suaminya yang memilih untuk menjadi pemandu Grab.

Tidak dinafikan rutin seharian sebagai pekerja pejabat sememangnya mengganggu masa untuk bersama dengan keluarga. Masa untuk diluangkan bersama anak-anak juga adalah terhad.

Selain daripada masalah di tempat kerja seperti gaji yang tidak setimpal dengan kerja keras yang dilakukan, suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja demi mencari masa depan yang lebih baik untuk keluarga.

Setelah hampir tiga tahun berkhidmat sebagai pemandu Grab, jadualnya lebih fleksibel untuk diluangkan bersama keluarga selain mampu menanggung keluarganya dengan baik.

Walaupun ada yang beranggapan membazir belajar tinggi-tinggi kalau hanya mahu jadi pemandu Grab akhirnya. Tiada apa yang sia-sia kalau kita gunakan apa yang pernah dipelajari dan praktikkan dalam hidup.

Boleh jadi pemandu Grab yang anda terima tu ada ilmu dalam bidang akaun, muzik, bisnes, sains komputer dan lain-lain lagi lah.

Sebenarnya tak kira lah pekerjaan apa yang anda buat sekalipun asalkan anda mampu untuk menanggung keluarga sendiri, bukankah itu lebih baik?

Pandangan serong pada pemandu Grab ni pun seharusnya dihentikan kerana mereka bukannya tidak mempunyai pendidikan tinggi seperti yang lain tapi ini adalah pilihan yang lebih baik untuk hidup mereka. 

Dengan kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu Grab kini, mereka memperjudikan nyawa mereka ketika bekerja. Anda sendiri mungkin pernah dengar kes samun, rompak dan bunuh pemandu Grab kan?

Bukan senang jadi pemandu Grab ni. Keluarga juga pastinya risau tentang keselamatan mereka sepanjang bawa Grab lagi-lagi kalau balik lewat malam.

Tak semestinya kerja-kerja yang bagus ni yang kerja duduk dekat pejabat saja. Semua pekerjaan sama sahaja dengan tujuan untuk mencari rezeki. Yang penting, jangan judge!

Kepada abang-abang dan kakak-kakak Grab, saya bagi lima bintang!

 

Sumber: A medium corporation

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...