Jangan Pandang Remeh Halusinasi Si Ibu, Bukan Sengaja Tarik Perhatian

Trending

Jangan Pandang Remeh Halusinasi Si Ibu, Bukan Sengaja Tarik Perhatian

Baru- baru ini kita semua tahu tentang isu ibu mengelar anaknya yang berusia 2 tahun. Dari apa yang dikatakan si suami, isterinya ada mempunyai simptom depression atau halusinasi dan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana pusat kesihatan mental.

Tak ramai yang mengetahui, sebenarnya halusinasi yang dialami si ibu merupakan salah satu tanda bahawa si ibu mempunyai kecelaruan mental yang mana sering tidak dipandang berat dan diremehkan atas alasan si ibu mengada-ngada ataupun sengaja mencari perhatian.

Advertisement

Diusia muda lingkungan 31 tahun dan sudah punya 3 orang anak, terkadang memberikan satu tekanan fizikal dan mental dalam membesarkan anak2 yang sedang dalam proses pembesaran.

Banyak sudut perlu diperhatikan dari segi mula melahirkan hingga ke anak yang semakin membesar kerana gejala depression boleh berterusan jika tidak dirawat.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengalami gejala kemurungan selepas bersalin.

Tetapi ramai antara kita tidak perasan atau menyangkakan ia merupakan tanda biasa kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang.

Antaranya seperti..

1. Berfikiran Negatif

Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak jika anak sering meragam atau menangis tanpa sebab.

Ada tu, merasakan perlu melarikan diri dari semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir.

Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.

Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.

2. Cepat Marah atau Mudah Baran

Ada waktu, anda akan merasa mudah marah dan cepat melenting atau naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil.

Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda.

Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.

3. Mudah Lupa

Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Terkadang benda kecil seperti sudah beri anak menyusu atau mandi pun anda terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula.

Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, ada urat sudah putus sewaktu proses melahirkan. Kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.

4. Sukar Tidur (Insomnia)

Ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun letih selepas melahirkan, anda masih tidak mampu untuk tidur. Ataupun. Walau telah tidur, anda masih merasa letih dan lesu.

Ini menunjukkan mental anda yang sedang penat, bukannya tubuh anda.

5. Rasa Kosong

Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun. Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat.

Anda tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.

Dari segi perubatan dan sains gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis).

Gangguan Perasaan Ringan (Post Partum Blues/Baby Blues)

Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu.

Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.

Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology.

Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..

Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan.

Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil.

Mungkin apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.

Kemurungan (Postpartum Depression)

Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak.

Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi.

Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.

Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk.

Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan).

Sumber – Bel Nawhen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...