Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Paksa Atau Desak Saya Bercakap Sudah Bertudung Sepenuhnya – Amyra Rosli

amyra rosli bertudung

Tampil manis dengan imej berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah, pelakon Amyra Rosli mendapat perhatian netizen. Bagaimanapun, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak menghebahkan mengenai penampilan terbarunya itu.

amyra rosli bertudung

Advertisement

Tidak mahu salah faham timbul, Amyra berharap peminat tidak keliru jika dia sudah berhijab ataupun tidak. Jelas Amyra, dia masih terikat dengan beberapa kontrak kerja yang memerlukannya untuk memuat naik foto tidak bertudung di media sosial.

Saya tak nak menghebahkan apa-apa dan tak nak secara rasmi cakap saya sudah bertudung. Tapi orang keliru juga sebab watak yang saya bawa sekarang dalam tv pun bertudung.  Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik.

amyra rosli hijab

Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik.

Berkongsi lanjut mengenai dirinya yang kini selesa bertudung, Amyra berkata, keputusan itu datang secara semula jadi dan tidak menolak mungkin sudah sampai serunya untuk dia bertudung sepenuhnya.

Itulah yang ajaibnya, saya tiada niat langsung, tak dapat mimpi apa-apa dan keputusan itu datang secara semula jadi. Apabila balik daripada umrah, ada tetamu datang rumah, saya terus mengenakan tudung.

amyra rosli

Ramai orang suka saya bertudung sebenarnya dan saya ambil itu sebagai kekuatan. Namun apa yang saya dapat di Makkah, biar saya saja tahu.

Advertisement

Doakan yang baik-baik buat Amyra dan semoga dia istiqamah untuk menutup aurat.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. minah jambu say NO to drugs

    November 5, 2019 at 10:38 pm

    betol tu..manusia jangan sebok..!

  2. Kamal

    November 5, 2019 at 3:12 pm

    Den doakan je moga dapat bertudung macam artis lain

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top