“Jangan Nyatakan ‘Justice For Zara’ Kalau Kamu Sendiri Seorang Pembuli” – Allan Andersn

Hiburan

“Jangan Nyatakan ‘Justice For Zara’ Kalau Kamu Sendiri Seorang Pembuli” – Allan Andersn

Allan Andersn, penyanyi kelahiran Indonesia meluahkan rasa simpati terhadap kes pelajar Tingkatan 1 yang meninggal dunia, Allahyarham Zara Qairina yang telah mencetus gelombang besar menuntut keadilan untuknya.

Harap keadilan ditegakkan

Kata penyanyi berusia 34 tahun itu, sebagai seorang manusia dia berasa amat terkensan dengan perkembangan kes berkenaan yang meraih perhatian seluruh negara.

Advertisement

Allan turut berharap keadilan dapat ditegakkan dan berpihak kepada Allahyarham Zara dan pelaku menerima hukuman yang setimpal.

Zara Qairina

Jangan cakap ‘Justice For Zara’ kalau…

Mengulas lanjut tentang isu buli, Allan menegaskan gejala itu bukan lagi hanya berlaku secara fizikal namun kini juga berleluasa secara di alam maya atau media sosial.

Saya juga sebelum ini sempat menyatakan pandangan di Instagram, saya beritahu “jangan nyatakan justice for Zara kalau kamu sendiri seorang ‘keyboard warior’ (pembuli siber)”.

Allan juga menasihati dan mengingatkan masyarakat untuk menjadi lebih beradab dalam menegur dan belajar untuk menerima perbezaan antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Allan Andersn (@allanandersnn)

Tambahnya, setiap manusia mempunyai sifat yang berbeza dan untuk itu, semua sepatutnya boleh menerima kekurangan dan meraikan sahaja kelebihan orang lain.

Masih ada orang yang bersembunyi di sebalik sosial media untuk mengecam orang lain, tolong berhenti buat perkara itu. Cara menegur bukan dengan komen jahat, ada cara yang baik. Saya juga percaya semua agama mengajar kita untuk melakukan kebaikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mimi Lana lantang bersuara gejala buli
2025-08-09 18:36:00

"Dah Masuk Sekolah Bijak, Jangan Buat Perangai Bodoh!" - Mimi Lana Tegas Bersuara Tentang Gejala Buli Di Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...