Kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tidak takut dan sedia untuk memberi kerjasama kepada polis Malaysia dan Singapura sekiranya diminta melakukan ujian saringan air kencing.
Dakwaan ambil barang terlarang
Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Sarah susulan dakwaan sesetengah pihak mendakwa dirinya mengambil dadah yang membuatnya bertindak untuk mendedahkan hubungan kekasihnya bersama aktres Ruhainies baru-baru ini.
Saya okey saja kalau nak ambil urine, sila (mari) Central Narcotics Bureau Singapore (NBS) dan polis di Malaysia.
Saya juga sedia luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing itu.
View this post on Instagram
Sarah beri warning
Tambahan pula, wanita berasal Singapura itu juga tak lupa membidas pihak yang menuduhnya dan memberi peringatan berkemungkinan individu lain pula yang akan terdedah.
Jangan nanti plot twist dia, orang lain yang terkena (sangkut).
View this post on Instagram
Terdahulu, nama Sarah menjadi tumpuan rakyat Malaysia sejak pendedahan yang dilakukannya di media sosial berkaitan hubungan Aliff dan Ruhainies serta beberapa artis yang lain.