“Jangan Nanti Dok Bising Dekat IG, Allah Buka Aib Kau Baru Tahu..” – Suami Izreen Azminda ‘Sound’ Siapa?

Hiburan

“Jangan Nanti Dok Bising Dekat IG, Allah Buka Aib Kau Baru Tahu..” – Suami Izreen Azminda ‘Sound’ Siapa?

Baru-baru ini, suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid secara tiba-tiba memuat naik hantaran status di Instagram Story meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang sering ‘bising’ di media sosial, namun enggan berjumpa secara depan-depan.

Menurut Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid seakan-akan persoalkan tindakan individu tersebut yang sering berkongsikan masalah kepada orang lain agar ramai yang mengetahuinya.

Advertisement

Ig Story Ude Wahid

Dalam pada masa yang sama, dia turut memberi amaran agar pihak terbabit berhenti berkongsikan semua perkara kerana risau aib sendiri akan terbuka.

Jangan nanti dok bising-bising dekat Instagram tiba-tiba Allah buka aib kau baru time tu tak cukup tanah kau nak sembunyi.

Menjengah di Instagram Izreen, dia juga seakan-akan meluahkan rasa kesal kepada individu tersebut yang hanya berani bersuara di media sosial serta pertikaikan sama ada individu tersebut masih belum move on kerana memuat naik gambar bekas suami yang kini sudah mempunyai keluarga sendiri.

Ig stroy Izreen Azminda

Bagaimanapun, identiti individu yang dimaksudkan oleh pasangan suami isteri terbabit masih belum dapat diketahui kerana kedua-duanya tidak menyebut nama di status Instagram mereka.

2 years ago

"Jangan Usik Aku, Sebelum Aku.." - Ugut Akan Bongkar Rahsia, Izreen Azminda Tuju Pada Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...